Isnin, 11 Julai 2011

CERAMAH DAN TAKLIMAT BAHASA MELAYU KERTAS 2 ( 06/07/2011 )

Salam semua :)

Ok larh. Stelah sekian lma blog ney tdak d update2, maka hari ini dgn penuh kerajinan, sya Juejue akan update blog ney. hihi. . 

Tgok tajuk kat atas besar tu. . CERAMAH DAN TAKLIMAT BAHASA MELAYU KERTAS 2. Kalau ckp psal CERAMAH, mesti akan muncul di fikiran stu perkara ney iaitu MENGANTUK ! hehe. Alhamdulillah setakat ney kami blum lagi mgantuk smpai tertidur semasa ceramah sedang dijalankan. 

Mau dijadikan starting cerita ney, bgni. . Hurrmmmm :(
Dalam keadaan yg lapar dan belum 'breakfast', kmi smua ting.6 bawah dan 6 atas trun msuk ke dewan mini utk mendengar ceramah BM KERTAS 2 ney. Kami bersedia dlm dewan jam 8:30 pagi dan ceramah tu bermula pada pukul 9:00 pagi. 

Penceramah salah satu subjek terpenting ini ialah Puan Suramah @ Juanah ( maafkan saya klu ejaan salah ) dari SMK KINARUT.  Kalau tdak salah pendengaran sya, cgu ney ada pengalaman mengajar BM selama 11 tahun lamanya. =D

Ok. Juejue akan kongsikan apa yg Juejue dan kgkawan dapat daripada ceramah dan taklimat tersebut . :) 

Utk yg pertama sekali, beliau menerangkan tentang Karangan Bahasa Melayu tahap STPM.

PENDAHULUAN : 3m 

ISI : 15m

KESIMPULAN : 3m

RELEVAN : 21m

PENGOLAHAN : 14m

BAHASA : 15m

JUMLAH : 50m


PENDAHULUAN

- Definisi @ konsep

- Petikan @ ucapan tokoh

- Fakta ( sumber daripada buku @ journal )

- Situasi @ peristiwa @ berita

- Peribahasa @ pantun

- Kaitkan dengan kehendak soalan

ISI ( 3 x 5 = 15m )

- Fakta @ isi = APA ?

- Huraian = MENGAPA @ BAGAIMANA @ BILA ?

- Contoh = APA ? Nyatakan sumber kalau perlu

- Kesimpulan kecil 

- Penegasan isi / fakta ( digalakkan memasukkan peribahasa, simpulan bahasa, pepatah, bidalan dsb. )

KESIMPULAN

- Penegasan isi / fakta yang telah dinyatakan

- Cadangan ( kalau perlu )

TEKNIK PENULISAN KARANGAN

PENDAHULUAN : 80 @ 90 patah perkataan 

ISI : Sekurang-kurangnya 5-6 isi

BILANGAN KESELURUHAN : 650-700 patah perkataan ( TIDAK BOLEH LEBIH )


RUMUSAN

- 3 perenggan

- Perenggan 1 = ISI UTAMA

- Perenggan 2 = ISI SOKONGAN

- Perenggan 3 = KESIMPULAN

- Jumlah patah perkataan : MENGIKUT KEHENDAK SOALAN

ISI UTAMA

- Biasanya dalam perenggan yang pertama

- Huraian pentingnya ditulis dalam perenggan PERTAMA jawapan

ISI SOKONGAN

- 5 hingga 6 isi

- Sertakan sedikit huraian

KESIMPULAN

- Ringkas, padat dan tepat

- SATU perenggan sahaja

- Kesimpulan pengarang 

ASPEK PENILAIAN RUMUSAN

a) ISI ( 10m )

- Isi utama
- Isi sokongan
- Kesimpulan

b) PERSEMBAHAN ( 10m )

- Pengolahan
- Bahasa


ALIH BENTUK TEKS ( 15m )

- KONSEP = Alih bahasa teks yang diberi ke dalam bahasa prosa bahasa. 
                      DUA teks akan diberikan dalam soalan dan calon dikehendaki menjawab SATU soalan sahaja
                      Teks akan berbentuk DIALOG, PUISI KLASIK DAN MODEN, PROSA KLASIK, TEKS                                  
                      UNDANG-UNDANG & IKLAN

Bagi  TEKS DIALOG,

- Kenalpasti watak

- Tukar sesetengah diksi supaya sesuai dengan konteks cakap pindah 

- Contoh : 'PADA MASA INI' menjadi 'PADA MASA ITU'

- Perkataan @ frasa seperti ingin tahu sebab, ingin kepastian, ingin tahu orang yang & seumpamanya, haruslah digantikan kata-kata tanya itu

- Elakkan kata ganti tanya seperti APA ? SIAPA ? BAGAIMANA ? KE MANA ? 

PASTIKAN ! 

- Semua fakta @ isi dalam teks alih bahasa yang calon hasilkan

- JANGAN ada bahagian yang ditokok tambah

- Penilaian = i) ISI - 5m
                   ii) PERSEMBAHAN = 10m

PROSA KLASIK

- Kekalkan kosa kata bahasa istana

- Kekalkan kata ganti nama diri bahasa istana

- Ayat pasif tukar menjadi ayat aktif

- Kenalpasti watak supaya tidak keliru

- Jangan tokok tambah 

- Kata pangkal ayat digugurkan

TEKS PUISI

- Tidak boleh bersifat ulasan

- Turutan ayat demi ayat

- Fahamkan maksud

- Bersifat laporan @ penceritaan semula

IKLAN

- Alih bahasa ayat demi ayat

- Tidak bersifat laporan @ ulasan

- Jangan tokok tambah fakta

- Tidak boleh diinterpretasikan

- Iklan yang ada ruang @ jadual mesti dibuat dalam perenggan biasa


ANALISIS KESALAHAN BAHASA / TEKS ( 15m )

- Baca petikan dengan teliti

- Kenalpasti jenis kesalahan

a) DIKSI

b) KATA TUGAS ( MORFOLOGI )

c) STRUKTUR AYAT ( SINTAKSIS )

d) EJAAN ( PINJAMAN )

e) TANDA BACA 

- Cari 5-6 kesalahan

* Hehe. . ok larh guys. Ney larh nota2 yg smpat Juejue dan kgkwn salin dan dengar pas tu share ngn kmu smua. K larh . Nanti Juejue akan tulis new post lagi k. SELAMAT MEMBACA SEMUA . ASSALAMUALAIKUM ~ ;D

Khamis, 16 Jun 2011

PELAJAR BARU :)

SALAM smua :)
ok hari ney kelas 6 BAWAH DUA ada seorg pelajar baru. Means pelajar kelas ney ada 8 org jadi tambah seorg mknanya da 9 org. Namanya WONG SUI SHIAN . Dia ney bekas pelajar SM ST PAUL BEAUFORT. Dya dduk dekat HASIMAH. hehe. . nyway, WELCOME ! :D

Rabu, 8 Jun 2011

Esok Camping

SALAM :)
Wah. tanpa disedari, rupanya hari ni da hari rabu. Means esok CAMPING !  hoho. kgkawan smua da ready ke packing2 brg tu ? jgn ada yg ttinggal plak nty yer. Terutama pkaian2 yg mesti ada. hehe. Agak2 apa larh xtvt2 d cna tu nty yer ? Rasa ndk sabar + ndk ttunggu skg ney. Pa2 pun kta tguk pa yg akan jdi lepas kita smua camping. Di samping excited mw camping tu, jan lupa SIAPKAN smua ASSIGNMENT yang cgu2 kta bgi tu. Nty blik ndk larh bkakai buat semua tu. hehe. .ok larh guys, jom kita TIDUR ! Esok bgun awal ! hehe~ GOOD NITE~ LOVE U ALL~ MWAHHXXX ! :)

Selasa, 7 Jun 2011

Menjelang Hari Camping

SALAM :)
Hye guys. Wah today is raining day. Tiba2 rajin mau tulis something d blog ney. hehe. .
Tinggal DUA hari jak lagi utk siapkan smua ASSIGNMENT yg cgu2 bgi tu. Hari khamis ney iaitu bersamaan dengan 09 JUN 2011 sehingga 11 JUN 2011 kita da ada CAMPING d MALANGGANG ( ntah btul ndk ejaan tu ) hehe. Hari ahad pulak rehat. Pas tu hari isnin da skolah blik. Tugasan yg d bagi bru separuh siap. Macamana tu ? LU PIKIR LARH SENDIRI ~ HAHAHAHA~ :)
HAH ! LEBIH KURANG MACAM NEY LARH TUGASAN KAMI ~ HEHE~

Selasa, 31 Mei 2011

Pengajian Am 2

Karangan Laras Sains (26/5/2011)

Penggunaan kaedah kawalan biologi merupakan kaedah alternatif kepada kelemahan penggunaan bahan kimia untuk mengatasi serangga dan makhluk perosak dalam sektor pertanian.
Bincangkan penyataan ini.

Alternatif - Pilihan yang lain.